THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, December 31, 2010

Tutur Kata yang Menyakitkan Siapapun...

Dah lama rupanya saya tak update blog..tak banyak idea sangat nak tulis apa..nak kata busy pun xlah busy..biasa2 je..=)..

Bila nak tulis something dalam blog, mesti sbb ada something yang nak kongsi bersama..
Tak taulah...dah biasa sangat kot saya pendam dalam hati apa2 hal yang nak dicakap atau perlu dicakap..sebab tu nak tulis something pun tak reti sangat...

Sekarang dah tahun 2011...hmm...saya tak lah nak buat wish2 apa utk 2011 ni sbb ni bukanlah tahun baru buat saya..Awal Muharram la sepatutnya saya buat wish utk diri saya sbb itu adalah tahun baru dalam islam...

Banyak benda dan rahsia yang tersingkap dalam hati saya yang tak pernah diungkapkan pada siapa2..mungkin pernah tapi tidak lah secara direct..

dalam fikiran ni, bercakap mengenai tabiat diri, kehidupan beragama, kehidupan brsama teman, keluarga dan saudara...banyak sebenarnya yang telah dilakukan oleh kita dalam sedar atau tidak. Tnya lah pada diri kita, apa perubahan diri kita yang kita sedar dan perasan. Kadang2 kita kena juga muhasabah diri kita utk kebaikan kita demi meningkatkan kualiti diri kita baik dari segi aspek kerja, peribadi, dan sebagainya.

Kita bnyak berkomunikasi dgn siapa2 sahaja terutama terhadap rakan2..dan keluarga. Sedar atau tidak, dalam bicara kita mungkin ada yg menyakitkan hati mereka yg kita sayangi terutama keluarga kita. Sedih rasa nya bila dikenang, orang yang kita sayang tapi mereka lah yang slalu kita sakiti.

Tnya la pada hati kita, apa kita pernah menyakiti hati mereka, dan apa kita pernah muhasabah diri dan berazam utk tidak menyakitkan mereka lagi?..Tanya lah hati kita. Kalau pernah, maka bagus lah dan sebaliknya, maka bgitu lah. Tapi sememangnya itu lah manusia, ada kekurangan dan juga sentiasa melakukan kesalahan.Tak Salah sekiranya kita sedar akan hal itu, tapi kalau tak sedar lgsung macamana?..kerana itulah pentingnya kita harus sntiasa beringat akan diri kita. Dan sesiapa yang sentiasa menjaga tutur kata nya, dia lah org yang beruntung. Kadang2 hanya disebabkn perkataan, hati org lain tercalar. Kerana tajamnya menusuk hati.

Saya bercakap mengenai perbuatan menyakitkan hati bukan tujuan menyindir mahupun apa2,,tetapi dgn tujuan utk berkongsi akan dapatan saya. Saya juga manusia biasa, kata2 saya jg kadang2 menyakitkan, kadang2 bisa berdusta, juga kadang2 bisa memfitnah. Bukan igin menyatakan mengenai keaiban saya, tetapi juga ingin mengingatkan pada diri saya akan hal yg telah saya lakukan, sekaligus menjadi contoh crita kepada smua agar mnjaga tutur kata.

Saya berharap agar post saya ini boleh menjadi titik mula kepada saudara2 diluar sana utk lebih memikirkan mengenai tutur kata kita dan lebih menjaganya...Bertemu lagi di lain post..sekian..=)

p/s: Kerana tutur kata juga lah yang boleh membuat kan seseorg terjatuh kedalam neraka.

Tuesday, October 12, 2010

Allah Masih Sayangkan Aku

Semua yang berlaku membuka mata hatiku..

Setiap yang berlaku membuatku sedar..
Namun,
Sejauh mana aku memegang janji untuk menjadi hamba yang baik..
masih lemah..
Kadangkala aku lemah..
Kadangkala aku lalai dari mengingati Dia..
Dia lah kekasih kita semua..

Peristiwa yang terjadi benar2 ingin membuatku berubah..
Kerana aku sedar yang Dia masih menyayangi aku..
walaupun banyaknya kemaksiatan yang ku lakukan dihadapanNya..
Namun Dia tetap memberi ku peluang..
Dia masih menyayangi aku sebagai hambaNya...
Mengapa aku masih melakukan kemungkaran sedangkan kasih sayang yang diberikanNya padaku..

Ya Allah...
Ampunilah dosa2 yang telah aku lakukan..
Aku lakukan dosa dalam keadaan aku sedar perbuatan itu salah..
Ya Allah..
Ampunilah aku ya Allah...
Terimalah doaku..Ampunilah dosa2 ku..

Ya Allah,
Engkau tutup kelemahanku,
Engkau tutup aibku sebagai manusia lemah,
Itulah bukti kasih sayangMu padaku,
Engkau kurniakan ku rakan dan sahabat yang baik,
betapa aku terkedu melihat semua itu,
Engkau berikanku pengajaran yang bererti sekali dalam hidupku..
ampunilah aku ya Allah...
Tuhan yang Maha Penyayang...

Ampunkan ku ya Allah..
Berilah aku peluang untuk menebus kesalahanku,
Aku memohon,
kurniakanku semangat yang kuat untuk memegang janjiku padaMu..

Saturday, September 18, 2010

Allah Will always be with Us


I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Saya ambik lirik lagu ni dari lirik lagu Maher Zain,,tajuk Alhamdulillah...

Hanya Dia yg tahu betapa lagu ini menyentuh hati ini yg saban hari sentiasa bergelumang dengan dosa.

Ya Allah, ampunkan dosa2 ku. Betapa diri ini tidak layak untuk menerima kebaikan yg Engkau limpahkan kepadaku. Ampunilah hambamu ini Ya Allah, Tuhan Yang Maha Penyayang. HambaMu Alpha, banyak melakukan kesilapan yg mengundang dosa. Ampunilah hambaMu ini Ya Allah.

Sedang aku sedang melakukan dosa dihadapanMu, namun kasih sayang yg Engkau balas dengan hambaMu ini yg alpha.. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha MEngasihi. Ampunilah hambaMu ini,,..

Seringkali aku ingin bertaubat dari kesilapan yang lalu, Allah menguji hatiku. Menguji kekuatan hati ini. Dia menguji aku supaya aku melihat dimana kelemahanku dan setelah kusedari, Dia ingin aku luahkan padaNya tentang kelemahanku ini. Ya Allah, Tuhan yg Maha Berkuasa. Ampunilah aku ya Allah. Berilah peluang kepadaku untuk bertaubat dan membersihkan diri ini dari segala kehitaman dosa yang dilakukan.

Aku sedar, seringkali kita meminta kekuatan, Dia menguji hati kita. Kerana hati lah tempatnya letak kekuatan untuk diri. Semua manusia, Hati lah tempatnya kelemahan kita kawan2. Ya Allah, Peliharalah hatiku ini. Terimalah doa ku,,ampunilah dosa2 ku ya Allah...

Hanya kepada Allah kita kembali setelah kita sedar dari melakukan kesilapan.


Friday, September 17, 2010

Fikirkan Lah...

Sometimes Allah breaks our spirit to save our soul.

Sometimes Allah breaks our heart to make us whole.

Sometimes Allah allows pain so we can be stronger.

Sometimes Allah sends us failure so we can be humble.

Sometimes Allah allows illness so we can take better care of ourselves.

Sometimes Allah takes everything away from us so we can learn the value of everything he gave us.

Make plans but understand that we live by Allah's grace.

P/s: Quote from everjihad.blogspot.com

Kuatkan Hatiku...

hati dan perasaan berbunga untuk bertemu.
hati yang dinanti pun tiba.
namun aku seakan tak bersedia.
pertemuan yang signifikan walau hanya bersua untuk bermesra.
niatku hanya berpasak kerana Dia.
mahu membawa hati lebih dekat pada-Nya.
tapi bagaimana?

aku takut aku tak berupaya.
personalitiku yang berbeza menjauhkan rasa ..

kenapa lemah itu datang menyapa?
aku mahu percaya
Allah punya rahsia
dan lemah itu ada hikmahnya
lemah jangan dibiar selamanya

hati itu begitu mulia
mahu menjadi hamba yang lebih baik
bahagia aku mendengarnya
tuturan ikhlas terpancar dari nurani
yang kembali mahu mencari
jalan kepada Ilahi

dapatkah aku menyuluh jalan
membimbing hati yang mahu kembali?

aku jua punya hati
aku takut untuk gagal
ak takut langkahku mati
kenapa rasa itu hadir dalam diri?
kala kau mahu menyeru pada Ilahi??

kuatkan aku ya Rabbi..
jangan kau biar aku kelam dalam sepi

dengan rahmat-Mu Ilahi
tautkanlah hati-hati ini

tetapkan hati ku ya Rabbi
ikhlas untuk-Mu

Wednesday, September 15, 2010

Anda setuju?

Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.

Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.

Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.

Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.

Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.

Bagaimana seorang lelaki dapat menjadi pelindung terbaik bagi wanita?

Adakah dengan menghubungi wanita itu selalu, bertanyakan khabar, mengajaknya pergi makan supaya dia tahu si gadis makan mengikut masa, atau dengan mengucapkan kata-kata sayang?

Saya hendak berkongsi sebuah kisah benar berkenaan seorang sahabat yang sering risau akan keadaan dirinya yang masih single and available. Risau bila dikatakan tidak mengikut trend. Risau bila huluran ikhlasnya tidak disambut oleh gadis yang dipuja. Sering merasakan dirinya LOSER kerana kononnya tak ada perempuan nak mahu padanya, sikit-sikit kena reject saja. Geli hatiku. Sampai begitu sekali fikirannya parah.

Persoalannya, adakah dengan SMS selalu, rajin bertanya khabar, dan rajin segala dapat menjamin dia menjadi pelindung atau hero paling hebat kepada wanita tersebut? Sekali kita mulakan langkah. pasti akan membawa kepada langkah seterusnya. One thing leads to another. Silap-silap lebih menjadi perosak daripada pelindung.

"Merosakkan?"

Yalah. Merosakkan dengan menambah saham dosa yang ditanggung oleh perempuan. Pelindungkah? Merosakkan dengan setiap tindakannya yang akhirnya membuatkan perempuan tersebut gila bayang padanya hingga melupakan yang mana langit dan yang mana bumi. Pelindungkah?

Merosakkan dengan membuatkan perempuan itu merasakan setiap perbuatan yang dilakukan untuk 'mengeratkan hubungan' itu supaya terasa ‘enak dan indah' walaupun hakikatnya masing-masing menyedari diri terjerumus dalam kancah dosa.

Pelindungkah?

Merosakkan dengan membuatkan diri anda dan diri orang yang 'disayangi', buah hati pengarang jantung berenang-renang dalam lautan dosa tatkala anda sedar tidak mampu memberikan sesuatu yang halal kepadanya.

Pelindungkah?

Merosakkan akhirnya hanya kerana pada awalnya telah MEMULAKAN.

Pelindungkah?

Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.

Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu, supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.

Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.

Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!

Mahu menjadi pelindung? Mintalah pertolongan kepada Allah semoga Dia sentiasa melindungi. Kita hanya manusia biasa yang tidak berdaya. Di saat anda masih belum mampu, cukuplah dengan meminta Dia yang melindungi dan memerhati. Kita manusia dengan pelbagai keterbatasan, takkan mampu untuk menjadi superhero paling sempurna kerana tiada yang sempurna melainkan-Nya. Jadilah lelaki pintar yang sentiasa bijak menilai.

Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita, Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati! Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi. Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status ‘single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!

Wahai ar-rijal, bangkitlah kalian. Anda dikurniakan kelebihan berbanding kami, gunakanlah kelebihan tersebut. Janganlah ambil sifat kami. Kami insan lemah, anda yang harus kuat!

Jangan mengharapkan sesuatu yang kami tidak mampu beri.

Jadilah kalian pelindung yang sejati, agar kita senantiasa berada dalam reda Ilahi, sampai tiba saatnya nanti...

Soallah diri kita, kenapa kita masih belum mampu melaksanakan suruhan-Nya sedangkan kita tahu apa yang benar?

Soallah diri kita, apa guna kita mengharap syurga seandainya perintah yang disuruh-Nya tidak mahu dilakukan malah dipandang sipi dan diabaikan?

Soallah diri kita, jika setiap muslim sudah dijanjikan syurga, yakinkah kita akan meninggalkan dunia ini dengan khusnul khatimah?

Yakinkah kita akan meninggalkan dunia sebagai muslim? Yakinkah kita syurga milik kita?

Yakinkah?

Soallah diri kita, andaipun syurga dijanjikan kepada kita, sanggupkah kita mengharungi neraka sebelum menjejak ke syurga lantaran "hutang" kita terhadap Sang Pencipta yang belum langsai?

Sanggupkah?

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:"Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu). Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?" (Hadis riwayat lmam Muslim)

Bagaimana mungkin doa kita untuk ke syurga dimakbulkan andainya Allah memalingkan pandangan-Nya daripada kita lantaran 'haram' yang kita 'halalkan'? Kita yang muda kena sentiasa beringat bahawa kita merupakan harapan agama. Banyak lagi cabaran yang harus dihadapi dalam hidup ini, banyak lagi tanggungjawab yang menanti. Tolaklah ketepi perkara-perkara remeh yang tidak membawa manfaat kepada diri dan 'kawan' melainkan KEROSAKAN sahaja.

Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati, meskipun dengan niat yang suci, kerana dia sentiasa menyedari, niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni, kerana dia mengakui, makhluk bertanduk dua sentiasa "ready"!

Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati. Fikirkan dengan akal, renungkan dengan hati.

Tolak tepi nafsu di hati yang mengaburi hati kita daripada menilai yang baik dan buruk, kerana hati tidak pernah menipu.

Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya "Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?" Aku menjawab, "Ya, benar." Baginda bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling berharga. Disebabkan kerosakan hati itulah berlakunya kerosakan-kerosakan yang lain. Rajin-rajinkanlah membersihkan hati. (http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2872)

Semoga bermanfaat - peringatan dan muhasabah bersama..

Monday, April 19, 2010

Jangan kita Lupa...

Hai Manusia Yang Hidup Di Dalam Dunia Ini
Jangan Kita Lupa Pada Godaan Dunia
Hidup Ini Adalah Kurniaan Dari Tuhan
Dan Hidup Ini Janganlah Dibuang Percuma

Jalan Yang Sempit Yang Membawa Kepada Kehidupan
Jalan Yang Luas Yang Membawa Kepada Kehancuran
Ramai Orang Yang Melalui Jalan Yang Luas Itu
Sedikit Orang Yang Melalui Jalan Sempit Itu

Hai Manusia Yang Hidup Di Dalam Dunia Ini
Jangan Kita Lupa Pada Godaan Dunia
Hidup Ini Adalah Untuk Sementara Waktu
Apa Yang Ditanam Itulah Nanti Yang Dipetik