THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, February 28, 2010

Siapa Kawan Kepada Kita dan Siapa Kita Kepada Kawan kita

Kebelakangan ni, ramai yang mengadu punya masalah dgn rakan-rakan sekeliling. Tidak dinafikan juga dahulunya mereka ini kawan tapi boleh menjadi renggang dengan hanya sekejap. Ada yang menuduh si dia yang memulakan dulu, ada juga yang menyalahkan diri dan ada juga yang buat tak tahu. Biasalah, ego diri kita. Selagi rasa betul, takkan mengalah. Sedangkan kita semua tahu yang mengalah itu lebih baik. Apa salah jika kita mengalah sekali-sekala utk kawan kita yang kita sayang, tapi kepada kawan yang memiliki teman yang bersifat mengalah tu, jangan lah kita igt kita xda salah. Harus diingatkan pada diri kita, kita manusia yang dicipta tidaklah sempurna, kadang kita baik kadang kita ada buruk nya juga. Kita tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Namun apa yang penting, kita kena sentiasa beringat siapa kita kepada kawan- kawan kita.

Kita tak minta utk org lain memahami kita, tapi cubalah kita juga memahami rakan kita. Katakan tidak pada perkataan ini.."Ah!!..klu dia tak cuba faham saya, buat apa sya jg nak memahami dia"...perkataan ini lah yang patut dielakkan dari menjadi sebati dalam hidup kita. Kalau kita terus macamni, sampai bila pun kita takkan tahu siapa kita pada kawan kita. Jangan minta simpati, jangan meraih org lain utk suka b'kawan dengan kita, tapi cukuplah utk kita menjaga persahabatan kita dngn org lain.Kita ada akal, Kita boleh muhasabah diri, kita boleh lihat mana yang baik mana yang buruk dan yg positif serta negatif. Oleh itu, gunakanlah kelebihan itu utk menjadi kawan yang terbaik.Asasnya, pegangan kita terhadap agama. Dalam islam sendiri juga menyeru supaya kita menjaga hubungan baik sesama manusia. Jika kita menjaga baik hubungan kita dgn Allah, maka Dia akan menjaga hubungan kita sesama manusia.

Perkara yang penting dalam persahabatan jg, cuba elakkan dari b'buruk sangka dgn rakan kita sendiri atau siapa pun. Sekiranya perasaan ini timbul, maka cepat-cepatlah beringat dan b'istighfar kerana sekiranya perasaan itu menguasai diri kita, secara automatiknya perhubungan kita dgn rakan kita akan terus renggang. Tetapi, sekiranya rakan kita tu pula yang berbuat tidak baik dibelakang kita, biarkan lah dia. Sekiranya kita berani, tegurlah dia, tnya la dia sendiri, dan terpulang padanya utk berckp benar atau tidak. Tapi sememangnya, tegurlah dia secara personal.,dan bercakap dgn nada perlahan. Baru la kita tak mngundang pergaduhan. Selain itu, kita doakan rakan kita tu supaya hatinya lembut dan menerima kita kembali.

Tak mudah utk maafkan org lain, setiap org lain caranya. Itu kita kena fikir..ada yang mudah memaafkan dan ada juga yang mengambil masa utk memaafkan org itu. Berdoa merupakan senjata utama bagi kita umat islam. Berdoa semoga hati kita jadi lebih lembut utk memaafkan sesiapa yang pernah menyakiti kita.
Pepatah ada mengatakan,,jagalah setiap tutur kata kita, kerana bisanya kata-kata boleh merosakkan segala-gala. Jadi, berkata baiklah terhadap semua org.

p/s:..tiqa cuma kata ikut pndangan diri..minta maaf sekiranya mengguris hati dan perasaan. Terima kasih sbb sudi membaca.

Ini Bukan Pertama....

Assalamualaikum..........

Melihat rakan-rakan yang seronok ber'blogging',timbul rasa dalam hati nak join blog juga...
Tapi melihat masa yang terlalu pantas berlalu dan penuh dengan aktiviti membataskan penggunaan internet.
Seronok membaca blog rakan-rakan, sesuatu yang diisi dan ditulis dengan ilmu yang sangat berguna, pengalaman yang dikongsi sedikit sebanyak membuka minda utk berfikir tentang diri, ada yang berbicara tentang diri, tentang hari, tentang dunia, tentang pemikiran dan pendapat suatu kronologi membuka minda yang saban hari sentiasa sibuk dengan assignment dan perkara-perkara lain.
Sebenarnya, ini bukanlah blog pertama yang tiQa tulis, sudah lama menulis blog tetapi ada sedikit kekurangan yang rasanya malu untk dibacakan kepada sesiapa..terdetik dalam hati" Saya bukan budak belasan tahun utk menulis dgn ayat yg mcmni"...dan kerana itulah tiQa memadam blog lama dan mula utk menulis kembali.Tidak salah meluangkan masa utk menulis blog, sedikit sebanyak memerah idea disamping memberi peringatan dan pengajaran kepada rakan-rakan yang membaca. Kerana setiap kita adalah pemimpin, dan setiap pemimpin itu ada tanggungjawab masing-masing. InsyaAllah, blog kali ni pasti tiQa akan isi dengan pendapat dan pandangan yang berbeza, harap dapat membuka minda kita utk berfikir sejenak siapa kita di muka bumi ini...