THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, December 31, 2010

Tutur Kata yang Menyakitkan Siapapun...

Dah lama rupanya saya tak update blog..tak banyak idea sangat nak tulis apa..nak kata busy pun xlah busy..biasa2 je..=)..

Bila nak tulis something dalam blog, mesti sbb ada something yang nak kongsi bersama..
Tak taulah...dah biasa sangat kot saya pendam dalam hati apa2 hal yang nak dicakap atau perlu dicakap..sebab tu nak tulis something pun tak reti sangat...

Sekarang dah tahun 2011...hmm...saya tak lah nak buat wish2 apa utk 2011 ni sbb ni bukanlah tahun baru buat saya..Awal Muharram la sepatutnya saya buat wish utk diri saya sbb itu adalah tahun baru dalam islam...

Banyak benda dan rahsia yang tersingkap dalam hati saya yang tak pernah diungkapkan pada siapa2..mungkin pernah tapi tidak lah secara direct..

dalam fikiran ni, bercakap mengenai tabiat diri, kehidupan beragama, kehidupan brsama teman, keluarga dan saudara...banyak sebenarnya yang telah dilakukan oleh kita dalam sedar atau tidak. Tnya lah pada diri kita, apa perubahan diri kita yang kita sedar dan perasan. Kadang2 kita kena juga muhasabah diri kita utk kebaikan kita demi meningkatkan kualiti diri kita baik dari segi aspek kerja, peribadi, dan sebagainya.

Kita bnyak berkomunikasi dgn siapa2 sahaja terutama terhadap rakan2..dan keluarga. Sedar atau tidak, dalam bicara kita mungkin ada yg menyakitkan hati mereka yg kita sayangi terutama keluarga kita. Sedih rasa nya bila dikenang, orang yang kita sayang tapi mereka lah yang slalu kita sakiti.

Tnya la pada hati kita, apa kita pernah menyakiti hati mereka, dan apa kita pernah muhasabah diri dan berazam utk tidak menyakitkan mereka lagi?..Tanya lah hati kita. Kalau pernah, maka bagus lah dan sebaliknya, maka bgitu lah. Tapi sememangnya itu lah manusia, ada kekurangan dan juga sentiasa melakukan kesalahan.Tak Salah sekiranya kita sedar akan hal itu, tapi kalau tak sedar lgsung macamana?..kerana itulah pentingnya kita harus sntiasa beringat akan diri kita. Dan sesiapa yang sentiasa menjaga tutur kata nya, dia lah org yang beruntung. Kadang2 hanya disebabkn perkataan, hati org lain tercalar. Kerana tajamnya menusuk hati.

Saya bercakap mengenai perbuatan menyakitkan hati bukan tujuan menyindir mahupun apa2,,tetapi dgn tujuan utk berkongsi akan dapatan saya. Saya juga manusia biasa, kata2 saya jg kadang2 menyakitkan, kadang2 bisa berdusta, juga kadang2 bisa memfitnah. Bukan igin menyatakan mengenai keaiban saya, tetapi juga ingin mengingatkan pada diri saya akan hal yg telah saya lakukan, sekaligus menjadi contoh crita kepada smua agar mnjaga tutur kata.

Saya berharap agar post saya ini boleh menjadi titik mula kepada saudara2 diluar sana utk lebih memikirkan mengenai tutur kata kita dan lebih menjaganya...Bertemu lagi di lain post..sekian..=)

p/s: Kerana tutur kata juga lah yang boleh membuat kan seseorg terjatuh kedalam neraka.