THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, December 31, 2010

Tutur Kata yang Menyakitkan Siapapun...

Dah lama rupanya saya tak update blog..tak banyak idea sangat nak tulis apa..nak kata busy pun xlah busy..biasa2 je..=)..

Bila nak tulis something dalam blog, mesti sbb ada something yang nak kongsi bersama..
Tak taulah...dah biasa sangat kot saya pendam dalam hati apa2 hal yang nak dicakap atau perlu dicakap..sebab tu nak tulis something pun tak reti sangat...

Sekarang dah tahun 2011...hmm...saya tak lah nak buat wish2 apa utk 2011 ni sbb ni bukanlah tahun baru buat saya..Awal Muharram la sepatutnya saya buat wish utk diri saya sbb itu adalah tahun baru dalam islam...

Banyak benda dan rahsia yang tersingkap dalam hati saya yang tak pernah diungkapkan pada siapa2..mungkin pernah tapi tidak lah secara direct..

dalam fikiran ni, bercakap mengenai tabiat diri, kehidupan beragama, kehidupan brsama teman, keluarga dan saudara...banyak sebenarnya yang telah dilakukan oleh kita dalam sedar atau tidak. Tnya lah pada diri kita, apa perubahan diri kita yang kita sedar dan perasan. Kadang2 kita kena juga muhasabah diri kita utk kebaikan kita demi meningkatkan kualiti diri kita baik dari segi aspek kerja, peribadi, dan sebagainya.

Kita bnyak berkomunikasi dgn siapa2 sahaja terutama terhadap rakan2..dan keluarga. Sedar atau tidak, dalam bicara kita mungkin ada yg menyakitkan hati mereka yg kita sayangi terutama keluarga kita. Sedih rasa nya bila dikenang, orang yang kita sayang tapi mereka lah yang slalu kita sakiti.

Tnya la pada hati kita, apa kita pernah menyakiti hati mereka, dan apa kita pernah muhasabah diri dan berazam utk tidak menyakitkan mereka lagi?..Tanya lah hati kita. Kalau pernah, maka bagus lah dan sebaliknya, maka bgitu lah. Tapi sememangnya itu lah manusia, ada kekurangan dan juga sentiasa melakukan kesalahan.Tak Salah sekiranya kita sedar akan hal itu, tapi kalau tak sedar lgsung macamana?..kerana itulah pentingnya kita harus sntiasa beringat akan diri kita. Dan sesiapa yang sentiasa menjaga tutur kata nya, dia lah org yang beruntung. Kadang2 hanya disebabkn perkataan, hati org lain tercalar. Kerana tajamnya menusuk hati.

Saya bercakap mengenai perbuatan menyakitkan hati bukan tujuan menyindir mahupun apa2,,tetapi dgn tujuan utk berkongsi akan dapatan saya. Saya juga manusia biasa, kata2 saya jg kadang2 menyakitkan, kadang2 bisa berdusta, juga kadang2 bisa memfitnah. Bukan igin menyatakan mengenai keaiban saya, tetapi juga ingin mengingatkan pada diri saya akan hal yg telah saya lakukan, sekaligus menjadi contoh crita kepada smua agar mnjaga tutur kata.

Saya berharap agar post saya ini boleh menjadi titik mula kepada saudara2 diluar sana utk lebih memikirkan mengenai tutur kata kita dan lebih menjaganya...Bertemu lagi di lain post..sekian..=)

p/s: Kerana tutur kata juga lah yang boleh membuat kan seseorg terjatuh kedalam neraka.

Tuesday, October 12, 2010

Allah Masih Sayangkan Aku

Semua yang berlaku membuka mata hatiku..

Setiap yang berlaku membuatku sedar..
Namun,
Sejauh mana aku memegang janji untuk menjadi hamba yang baik..
masih lemah..
Kadangkala aku lemah..
Kadangkala aku lalai dari mengingati Dia..
Dia lah kekasih kita semua..

Peristiwa yang terjadi benar2 ingin membuatku berubah..
Kerana aku sedar yang Dia masih menyayangi aku..
walaupun banyaknya kemaksiatan yang ku lakukan dihadapanNya..
Namun Dia tetap memberi ku peluang..
Dia masih menyayangi aku sebagai hambaNya...
Mengapa aku masih melakukan kemungkaran sedangkan kasih sayang yang diberikanNya padaku..

Ya Allah...
Ampunilah dosa2 yang telah aku lakukan..
Aku lakukan dosa dalam keadaan aku sedar perbuatan itu salah..
Ya Allah..
Ampunilah aku ya Allah...
Terimalah doaku..Ampunilah dosa2 ku..

Ya Allah,
Engkau tutup kelemahanku,
Engkau tutup aibku sebagai manusia lemah,
Itulah bukti kasih sayangMu padaku,
Engkau kurniakan ku rakan dan sahabat yang baik,
betapa aku terkedu melihat semua itu,
Engkau berikanku pengajaran yang bererti sekali dalam hidupku..
ampunilah aku ya Allah...
Tuhan yang Maha Penyayang...

Ampunkan ku ya Allah..
Berilah aku peluang untuk menebus kesalahanku,
Aku memohon,
kurniakanku semangat yang kuat untuk memegang janjiku padaMu..

Saturday, September 18, 2010

Allah Will always be with Us


I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Saya ambik lirik lagu ni dari lirik lagu Maher Zain,,tajuk Alhamdulillah...

Hanya Dia yg tahu betapa lagu ini menyentuh hati ini yg saban hari sentiasa bergelumang dengan dosa.

Ya Allah, ampunkan dosa2 ku. Betapa diri ini tidak layak untuk menerima kebaikan yg Engkau limpahkan kepadaku. Ampunilah hambamu ini Ya Allah, Tuhan Yang Maha Penyayang. HambaMu Alpha, banyak melakukan kesilapan yg mengundang dosa. Ampunilah hambaMu ini Ya Allah.

Sedang aku sedang melakukan dosa dihadapanMu, namun kasih sayang yg Engkau balas dengan hambaMu ini yg alpha.. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha MEngasihi. Ampunilah hambaMu ini,,..

Seringkali aku ingin bertaubat dari kesilapan yang lalu, Allah menguji hatiku. Menguji kekuatan hati ini. Dia menguji aku supaya aku melihat dimana kelemahanku dan setelah kusedari, Dia ingin aku luahkan padaNya tentang kelemahanku ini. Ya Allah, Tuhan yg Maha Berkuasa. Ampunilah aku ya Allah. Berilah peluang kepadaku untuk bertaubat dan membersihkan diri ini dari segala kehitaman dosa yang dilakukan.

Aku sedar, seringkali kita meminta kekuatan, Dia menguji hati kita. Kerana hati lah tempatnya letak kekuatan untuk diri. Semua manusia, Hati lah tempatnya kelemahan kita kawan2. Ya Allah, Peliharalah hatiku ini. Terimalah doa ku,,ampunilah dosa2 ku ya Allah...

Hanya kepada Allah kita kembali setelah kita sedar dari melakukan kesilapan.


Friday, September 17, 2010

Fikirkan Lah...

Sometimes Allah breaks our spirit to save our soul.

Sometimes Allah breaks our heart to make us whole.

Sometimes Allah allows pain so we can be stronger.

Sometimes Allah sends us failure so we can be humble.

Sometimes Allah allows illness so we can take better care of ourselves.

Sometimes Allah takes everything away from us so we can learn the value of everything he gave us.

Make plans but understand that we live by Allah's grace.

P/s: Quote from everjihad.blogspot.com

Kuatkan Hatiku...

hati dan perasaan berbunga untuk bertemu.
hati yang dinanti pun tiba.
namun aku seakan tak bersedia.
pertemuan yang signifikan walau hanya bersua untuk bermesra.
niatku hanya berpasak kerana Dia.
mahu membawa hati lebih dekat pada-Nya.
tapi bagaimana?

aku takut aku tak berupaya.
personalitiku yang berbeza menjauhkan rasa ..

kenapa lemah itu datang menyapa?
aku mahu percaya
Allah punya rahsia
dan lemah itu ada hikmahnya
lemah jangan dibiar selamanya

hati itu begitu mulia
mahu menjadi hamba yang lebih baik
bahagia aku mendengarnya
tuturan ikhlas terpancar dari nurani
yang kembali mahu mencari
jalan kepada Ilahi

dapatkah aku menyuluh jalan
membimbing hati yang mahu kembali?

aku jua punya hati
aku takut untuk gagal
ak takut langkahku mati
kenapa rasa itu hadir dalam diri?
kala kau mahu menyeru pada Ilahi??

kuatkan aku ya Rabbi..
jangan kau biar aku kelam dalam sepi

dengan rahmat-Mu Ilahi
tautkanlah hati-hati ini

tetapkan hati ku ya Rabbi
ikhlas untuk-Mu

Wednesday, September 15, 2010

Anda setuju?

Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.

Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya.

Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya.

Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati.

Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya.

Bagaimana seorang lelaki dapat menjadi pelindung terbaik bagi wanita?

Adakah dengan menghubungi wanita itu selalu, bertanyakan khabar, mengajaknya pergi makan supaya dia tahu si gadis makan mengikut masa, atau dengan mengucapkan kata-kata sayang?

Saya hendak berkongsi sebuah kisah benar berkenaan seorang sahabat yang sering risau akan keadaan dirinya yang masih single and available. Risau bila dikatakan tidak mengikut trend. Risau bila huluran ikhlasnya tidak disambut oleh gadis yang dipuja. Sering merasakan dirinya LOSER kerana kononnya tak ada perempuan nak mahu padanya, sikit-sikit kena reject saja. Geli hatiku. Sampai begitu sekali fikirannya parah.

Persoalannya, adakah dengan SMS selalu, rajin bertanya khabar, dan rajin segala dapat menjamin dia menjadi pelindung atau hero paling hebat kepada wanita tersebut? Sekali kita mulakan langkah. pasti akan membawa kepada langkah seterusnya. One thing leads to another. Silap-silap lebih menjadi perosak daripada pelindung.

"Merosakkan?"

Yalah. Merosakkan dengan menambah saham dosa yang ditanggung oleh perempuan. Pelindungkah? Merosakkan dengan setiap tindakannya yang akhirnya membuatkan perempuan tersebut gila bayang padanya hingga melupakan yang mana langit dan yang mana bumi. Pelindungkah?

Merosakkan dengan membuatkan perempuan itu merasakan setiap perbuatan yang dilakukan untuk 'mengeratkan hubungan' itu supaya terasa ‘enak dan indah' walaupun hakikatnya masing-masing menyedari diri terjerumus dalam kancah dosa.

Pelindungkah?

Merosakkan dengan membuatkan diri anda dan diri orang yang 'disayangi', buah hati pengarang jantung berenang-renang dalam lautan dosa tatkala anda sedar tidak mampu memberikan sesuatu yang halal kepadanya.

Pelindungkah?

Merosakkan akhirnya hanya kerana pada awalnya telah MEMULAKAN.

Pelindungkah?

Jadilah pelindung kepada kaum Hawa dengan tidak memandang kami.

Jadilah pelindung kepada kami dengan menambahkan ilmu dengan amalmu, supaya nanti pabila tiba masanya, dapat kalian menjadi pemimpin keluarga yang dihormati.

Jadilah pelindung kepada kami dengan menjaga sebaik-baiknya akhlakmu.

Jadilah pelindung yang terbaik dengan mencontohi Rasulmu!

Mahu menjadi pelindung? Mintalah pertolongan kepada Allah semoga Dia sentiasa melindungi. Kita hanya manusia biasa yang tidak berdaya. Di saat anda masih belum mampu, cukuplah dengan meminta Dia yang melindungi dan memerhati. Kita manusia dengan pelbagai keterbatasan, takkan mampu untuk menjadi superhero paling sempurna kerana tiada yang sempurna melainkan-Nya. Jadilah lelaki pintar yang sentiasa bijak menilai.

Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita, Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati! Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi. Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status ‘single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut!

Wahai ar-rijal, bangkitlah kalian. Anda dikurniakan kelebihan berbanding kami, gunakanlah kelebihan tersebut. Janganlah ambil sifat kami. Kami insan lemah, anda yang harus kuat!

Jangan mengharapkan sesuatu yang kami tidak mampu beri.

Jadilah kalian pelindung yang sejati, agar kita senantiasa berada dalam reda Ilahi, sampai tiba saatnya nanti...

Soallah diri kita, kenapa kita masih belum mampu melaksanakan suruhan-Nya sedangkan kita tahu apa yang benar?

Soallah diri kita, apa guna kita mengharap syurga seandainya perintah yang disuruh-Nya tidak mahu dilakukan malah dipandang sipi dan diabaikan?

Soallah diri kita, jika setiap muslim sudah dijanjikan syurga, yakinkah kita akan meninggalkan dunia ini dengan khusnul khatimah?

Yakinkah kita akan meninggalkan dunia sebagai muslim? Yakinkah kita syurga milik kita?

Yakinkah?

Soallah diri kita, andaipun syurga dijanjikan kepada kita, sanggupkah kita mengharungi neraka sebelum menjejak ke syurga lantaran "hutang" kita terhadap Sang Pencipta yang belum langsai?

Sanggupkah?

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:"Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik dan hendaklah kamu beramal soleh). Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu). Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?" (Hadis riwayat lmam Muslim)

Bagaimana mungkin doa kita untuk ke syurga dimakbulkan andainya Allah memalingkan pandangan-Nya daripada kita lantaran 'haram' yang kita 'halalkan'? Kita yang muda kena sentiasa beringat bahawa kita merupakan harapan agama. Banyak lagi cabaran yang harus dihadapi dalam hidup ini, banyak lagi tanggungjawab yang menanti. Tolaklah ketepi perkara-perkara remeh yang tidak membawa manfaat kepada diri dan 'kawan' melainkan KEROSAKAN sahaja.

Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati, meskipun dengan niat yang suci, kerana dia sentiasa menyedari, niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni, kerana dia mengakui, makhluk bertanduk dua sentiasa "ready"!

Ingatlah, Dia jua yang Maha Memerhati. Fikirkan dengan akal, renungkan dengan hati.

Tolak tepi nafsu di hati yang mengaburi hati kita daripada menilai yang baik dan buruk, kerana hati tidak pernah menipu.

Wabishah bin Ma'bad berkata: Aku mendatangi Rasulullah, dan baginda bertanya "Engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?" Aku menjawab, "Ya, benar." Baginda bersabda, "Tanyakan pada hatimu sendiri! Kebaikan adalah sesuatu yang membuat jiwamu tenang dan hatimu tenteram, sedangkan dosa adalah sesuatu yang menimbulkan keraguan dalam jiwa dan rasa gundah dalam dada, meski telah berulang kali manusia memberi fatwa kepadamu." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Tiada gunanya segala apa yang diperkatakan andainya hati kita tertutup daripada kebenaran. Bersihkanlah hati kita, sesungguhnya itulah anggota yang paling berharga. Disebabkan kerosakan hati itulah berlakunya kerosakan-kerosakan yang lain. Rajin-rajinkanlah membersihkan hati. (http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2872)

Semoga bermanfaat - peringatan dan muhasabah bersama..

Monday, April 19, 2010

Jangan kita Lupa...

Hai Manusia Yang Hidup Di Dalam Dunia Ini
Jangan Kita Lupa Pada Godaan Dunia
Hidup Ini Adalah Kurniaan Dari Tuhan
Dan Hidup Ini Janganlah Dibuang Percuma

Jalan Yang Sempit Yang Membawa Kepada Kehidupan
Jalan Yang Luas Yang Membawa Kepada Kehancuran
Ramai Orang Yang Melalui Jalan Yang Luas Itu
Sedikit Orang Yang Melalui Jalan Sempit Itu

Hai Manusia Yang Hidup Di Dalam Dunia Ini
Jangan Kita Lupa Pada Godaan Dunia
Hidup Ini Adalah Untuk Sementara Waktu
Apa Yang Ditanam Itulah Nanti Yang Dipetik

Tuesday, March 23, 2010

Sejenak Bersama....

Hari semalam...saya dtg meeting.,...meeting yg amat jarang sekali diadakan kecuali jika ada sebarang masalah...atau apa2 hal yg berkaitan...


Komen tentang meeting:..Dulu mmg sy x suka lgsung dtg meeting tu..sbb bgi sy ianya membuang masa....tpi sejak kebelakangan ni,,,sy ada free skit so sbb tu dtg meeting tu nak jengah skit apa yg nak discuss,,,

Apa yg nak jadi, kita tak tahu,Semua kuasa Allah...Kalau Allah dah tetapkan rezeki seseorg tu, kita mesti b'syukur. Bukan apa, ilmu mmg patut dicari. Ianya ada dimana2...meeting smalam tu penuh dgn pengajaran yg sgt bermakna...

Nak share skit, Meeting tu berckp mengenai attitude diri kita sbg manusia, siapa kita, dan apa yg telah kita lakukan selama ini. Telah diingatkan hendaklah kita menjaga hubungan baik sesama manusia, dan ianya sgt wajib dilakukan oleh setiap manusia lebih2 lagi yg beragama islam.

Manusia adalah sebaik2 ciptaan Allah, tetapi manusia fitrahnya tak pernah lari dri melakukan dosa dan itulah kekurangan kita sbg manusia biasa. Tapi harus diingatkan, kalau kita tak ingatkan diri kita tentang asal usul kita sbg seorg hamba Allah, pasti kita akn terus hanyut dalam fantasi ciptaan manusia ini. Pernah tak fikir siapa kita?.Pernah tak ambil tahu apa yg berlaku disekeliling kita? Pernah kita kisah tentang apa yang berlaku?.Dan apa respon kita tentang apa yg berlaku?..Maka itulah sy nak sampaikan kepda para pembaca tentng apa yg telah sya dpt dri meeting tu.

Kepada para pembaca yg menjawab persoalan ini dgn diri sndiri, diucapkan syabas kpada anda sekiranya anda menjawab ya atas semua persoalan itu, ..hidup kita, jgn pernah ada rasa ujub, takbur dan riak terhadap siapa2. Jgn merendahkan org lain, biarpun apa yg kita ckp selama ni btul, tapi tidak salah menerima apa yg org lain katakan andainya apa yg dikatakan oleh org itu salah. Sbb tu wujud perasaan hormatkan org lain. Kita kena igt, kalau org lain tak hormat kita, jgn kita sama sekali membalas..Biarlah mereka dgn diri mereka sekiranya tidak mahu menghormati org lain. Andai anda seorg yg sgt berpendidikan, berharta, berpangkat, mempunyai kesenangan hidup, dan sentiasa di pandang tinggi, TIDAK SEMESTINYA ANDA SENTIASA BETUL. Kena igt, belajar menerima perubahan dan pandangan org lain. Jangan pernah wujud atau timbul rasa ego dan meninggi diri dalam diri. Sesungguhnya, manusia adalah sama disisi Allah.Kita hambanya, kita harus beringt, Allah memandang hina org2 yg berjalan diatas muka bumi ini yg memandang rendah org lain. Sekarang, tnya diri anda, anda ada di kedudukan mana?...

Sunday, February 28, 2010

Siapa Kawan Kepada Kita dan Siapa Kita Kepada Kawan kita

Kebelakangan ni, ramai yang mengadu punya masalah dgn rakan-rakan sekeliling. Tidak dinafikan juga dahulunya mereka ini kawan tapi boleh menjadi renggang dengan hanya sekejap. Ada yang menuduh si dia yang memulakan dulu, ada juga yang menyalahkan diri dan ada juga yang buat tak tahu. Biasalah, ego diri kita. Selagi rasa betul, takkan mengalah. Sedangkan kita semua tahu yang mengalah itu lebih baik. Apa salah jika kita mengalah sekali-sekala utk kawan kita yang kita sayang, tapi kepada kawan yang memiliki teman yang bersifat mengalah tu, jangan lah kita igt kita xda salah. Harus diingatkan pada diri kita, kita manusia yang dicipta tidaklah sempurna, kadang kita baik kadang kita ada buruk nya juga. Kita tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Namun apa yang penting, kita kena sentiasa beringat siapa kita kepada kawan- kawan kita.

Kita tak minta utk org lain memahami kita, tapi cubalah kita juga memahami rakan kita. Katakan tidak pada perkataan ini.."Ah!!..klu dia tak cuba faham saya, buat apa sya jg nak memahami dia"...perkataan ini lah yang patut dielakkan dari menjadi sebati dalam hidup kita. Kalau kita terus macamni, sampai bila pun kita takkan tahu siapa kita pada kawan kita. Jangan minta simpati, jangan meraih org lain utk suka b'kawan dengan kita, tapi cukuplah utk kita menjaga persahabatan kita dngn org lain.Kita ada akal, Kita boleh muhasabah diri, kita boleh lihat mana yang baik mana yang buruk dan yg positif serta negatif. Oleh itu, gunakanlah kelebihan itu utk menjadi kawan yang terbaik.Asasnya, pegangan kita terhadap agama. Dalam islam sendiri juga menyeru supaya kita menjaga hubungan baik sesama manusia. Jika kita menjaga baik hubungan kita dgn Allah, maka Dia akan menjaga hubungan kita sesama manusia.

Perkara yang penting dalam persahabatan jg, cuba elakkan dari b'buruk sangka dgn rakan kita sendiri atau siapa pun. Sekiranya perasaan ini timbul, maka cepat-cepatlah beringat dan b'istighfar kerana sekiranya perasaan itu menguasai diri kita, secara automatiknya perhubungan kita dgn rakan kita akan terus renggang. Tetapi, sekiranya rakan kita tu pula yang berbuat tidak baik dibelakang kita, biarkan lah dia. Sekiranya kita berani, tegurlah dia, tnya la dia sendiri, dan terpulang padanya utk berckp benar atau tidak. Tapi sememangnya, tegurlah dia secara personal.,dan bercakap dgn nada perlahan. Baru la kita tak mngundang pergaduhan. Selain itu, kita doakan rakan kita tu supaya hatinya lembut dan menerima kita kembali.

Tak mudah utk maafkan org lain, setiap org lain caranya. Itu kita kena fikir..ada yang mudah memaafkan dan ada juga yang mengambil masa utk memaafkan org itu. Berdoa merupakan senjata utama bagi kita umat islam. Berdoa semoga hati kita jadi lebih lembut utk memaafkan sesiapa yang pernah menyakiti kita.
Pepatah ada mengatakan,,jagalah setiap tutur kata kita, kerana bisanya kata-kata boleh merosakkan segala-gala. Jadi, berkata baiklah terhadap semua org.

p/s:..tiqa cuma kata ikut pndangan diri..minta maaf sekiranya mengguris hati dan perasaan. Terima kasih sbb sudi membaca.

Ini Bukan Pertama....

Assalamualaikum..........

Melihat rakan-rakan yang seronok ber'blogging',timbul rasa dalam hati nak join blog juga...
Tapi melihat masa yang terlalu pantas berlalu dan penuh dengan aktiviti membataskan penggunaan internet.
Seronok membaca blog rakan-rakan, sesuatu yang diisi dan ditulis dengan ilmu yang sangat berguna, pengalaman yang dikongsi sedikit sebanyak membuka minda utk berfikir tentang diri, ada yang berbicara tentang diri, tentang hari, tentang dunia, tentang pemikiran dan pendapat suatu kronologi membuka minda yang saban hari sentiasa sibuk dengan assignment dan perkara-perkara lain.
Sebenarnya, ini bukanlah blog pertama yang tiQa tulis, sudah lama menulis blog tetapi ada sedikit kekurangan yang rasanya malu untk dibacakan kepada sesiapa..terdetik dalam hati" Saya bukan budak belasan tahun utk menulis dgn ayat yg mcmni"...dan kerana itulah tiQa memadam blog lama dan mula utk menulis kembali.Tidak salah meluangkan masa utk menulis blog, sedikit sebanyak memerah idea disamping memberi peringatan dan pengajaran kepada rakan-rakan yang membaca. Kerana setiap kita adalah pemimpin, dan setiap pemimpin itu ada tanggungjawab masing-masing. InsyaAllah, blog kali ni pasti tiQa akan isi dengan pendapat dan pandangan yang berbeza, harap dapat membuka minda kita utk berfikir sejenak siapa kita di muka bumi ini...