THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, February 28, 2010

Ini Bukan Pertama....

Assalamualaikum..........

Melihat rakan-rakan yang seronok ber'blogging',timbul rasa dalam hati nak join blog juga...
Tapi melihat masa yang terlalu pantas berlalu dan penuh dengan aktiviti membataskan penggunaan internet.
Seronok membaca blog rakan-rakan, sesuatu yang diisi dan ditulis dengan ilmu yang sangat berguna, pengalaman yang dikongsi sedikit sebanyak membuka minda utk berfikir tentang diri, ada yang berbicara tentang diri, tentang hari, tentang dunia, tentang pemikiran dan pendapat suatu kronologi membuka minda yang saban hari sentiasa sibuk dengan assignment dan perkara-perkara lain.
Sebenarnya, ini bukanlah blog pertama yang tiQa tulis, sudah lama menulis blog tetapi ada sedikit kekurangan yang rasanya malu untk dibacakan kepada sesiapa..terdetik dalam hati" Saya bukan budak belasan tahun utk menulis dgn ayat yg mcmni"...dan kerana itulah tiQa memadam blog lama dan mula utk menulis kembali.Tidak salah meluangkan masa utk menulis blog, sedikit sebanyak memerah idea disamping memberi peringatan dan pengajaran kepada rakan-rakan yang membaca. Kerana setiap kita adalah pemimpin, dan setiap pemimpin itu ada tanggungjawab masing-masing. InsyaAllah, blog kali ni pasti tiQa akan isi dengan pendapat dan pandangan yang berbeza, harap dapat membuka minda kita utk berfikir sejenak siapa kita di muka bumi ini...

0 comments: